CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 2, 2010

Cinta Itu Buta


Betul ke cinta itu buta? Kenapa orang kata cinta itu buta,sedangkan cinta itu satu benda yang abstrak. Ia hanya boleh dirasa,bkn dilihat atau disentuh. Sebenarnya cinta itu tidak buta,tetapi orang yang mengalaminya itu sendiri yang buta. Ada yang sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang mereka sayangi,sanggup berkorban kasih,harta dan nyawa untuk orang yang mereka sayangi. Ada juga yang sanggup pandang sebelah mata dan pekakkan telinga untuk melihat atau mendengar segala sesuatu yang tidak baik tentang orang yang mereka sayangi dan cintai itu. Menggadai maruah diri adalah salah satu cara untuk si gadis itu menunjukkan betapa besar dan dalamnya cinta mereka terhadap si teruna. Tetapi sejauh manakah pengorbanan si gadis itu dihargai oleh si teruna? Ada juga bagi pasangan yang sudah berumah tangga mengalami krisis dalam melayari bahtera. Si suami yang tertekan dengan pelbagai masalah kerja dan pengurusan keluarga sanggup memukul si isteri sebagai bahan untuk melepaskan amarah. Si isteri pula sanggup diperhambakan  si suami,sanggup dipukul,diterajang,dan disepak kerana ingin menjaga hubungan suami isteri dan juga kerana terlalu sayangkan si suami. Inilah yang dikatakan "cinta itu buta". Sesungguhnya cinta itu indah jika ia dipelihara dengan keimanan,kesabaran,penuh rasa cinta dan sayang. Tetapi jangan lupa juga cinta boleh menjadi racun dalam hidup setiap insan. :)


Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

0 comments: