CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 7, 2011

Kembali Ke Zaman Retro Ke??

Sedar tak korang yang zaman sekarang ni dah kembali ke zaman dulu,i mean,zaman 60 an,70 an?
Kenapa aku kata mcm ni? Haha. Ada sebab la.
Kebelakangan ni,aku selalu terfikir yang kita sekarang ni bukannya nak menuju ke era 2020,tapi semakin __________ (sila isi tempat kosong) ada la.
Haha. Aku pun tak tau la mcm mana nak bagitau. Tapi ada dua perkara la yang selalu buat aku terfikir tentang 'nak kembali ke zaman retro' ni.

1) Design dress/blouse
Cakap ja lah nak yang colorful,nak yang ber-dot-dot a.k.a Polka Dot,nak yang berbunga-bunga,nak yang mengembang habis di bahagian bawah ataupun ketat habis or nak dress yang labuh,sekarang ni memang banyak berada di pasaran. Cuma kena pandai la usahakan untuk mencari and mendapatkan dresses/blouses mcm ni. Perasan atau tidak,semua style dresses/blouses sekarang diilhamkan dari design dresses/blouses pada zaman retro (70-an,80-an macam tu la).

  • Siapa kata dresses/blouses yang colorful tak diminati kaum wanita? Kalau kena pada gaya dan pada warna kulit seseorang itu,dress/blouses tu akan kelihatan cukup menarik di mata sesiapa yang melihatnya.



  • Dresses/blouses Polka Dot pun tak kurang hebatnya,walaupun nampak tak menarik,tapi ada juga penggemar pakaian yang bercorak mcm ni.




  • Selain tu,yang paling digemari sekarang adalah yang bercorak bunga-bungaan. Pada zaman retro,corak ni la yg paling popular. Perempuan mana yang tak suka bunga oi? :D Even aku sendiri pun suka dress yang bercorak bunga. Haha. Blouse ja yg aku ada kurang sikit. :)


Ni la perkara pertama yang buat aku berfikir panjang (kononnya) seketika. Seterusnya,apa perkara kedua tu?

2) Kahwin Muda
Haha..Cakap pasal topik kahwin,memang terus terbuka besar la mata kau kan? :p Sapa yg tak nak kahwin satu hari nantikan? Semua orang punya keinginan and simpan angan-angan nak tema kahwin yang mcm mana. Tapi aku bukan nak cerita pasal tema kahwin ke apa kat sini,relate balikla dgn tajuk entri aku. Nama pun dah 'Kembali Ke Zaman Retro' kan?

Perasan atau tidak,ramai pasangan sekarang yang baru bercinta setahun dua dah ada yang mendirikan rumah tangga dalam usia 18 tahun ke atas dan kurang dari 25 tahun. Ada juga yang baru lepas menamatkan zaman persekolahan. Ada juga yang masih berada di alam persekolahan sekolah menengah,tapi bila dah mendirikan rumah tangga tu,terus la tinggalkan alam persekolahan,what a waste!!

Orang dulu2 kahwin awal,memang logik la sebab ramai yang tak punyai pendidikan dan banyak terlibat dlm sektor kerja tak mahir. Negara pada masa tu baru nak maju. Jadi ideologi and pun pengetahuan mereka pun cetek la sikit. Huhu. Tapi bila negara semakin maju dan menegaskan setiap anak kecil yang berusia 7 tahun diwajibkan dihantar ke sekolah,secara perlahan-lahan arus peredaran dan cara pemikiran seseorang berubah. Mereka mengutamakan cita-cita dan kerjaya terlebih dahulu dan ingin memajukan diri dan keluarga serta memantapkan ekonomi diri dan keluarga. TAPI.. Orang muda zaman sekarang ramai yang dah tersungkur akibat perkara remeh temeh. Zaman dah berubah,dunia semakin maju. Belia skrg ni dah ramai yg hanyut dgn era modenisasi,lost faith for theirself,dan ramai yg terjerumus dgn gejala negatif. Bkn nak mengutuk atau cuba nak membetulkan org lain. Aku just keluarkan pendapat aku,aku sendiri pun ada yg tak betulnya,so nak kena betulkan diri dululah ya tak?

Ada seseorang yang aku kenal,baru ja berumur 19 tahun,dah nak mendirikan rumah tangga.


Okey.. Dia dah bertunang and bila dikatakan awal giler nak menikah,dia kata seru dah tiba. Urm.. Tu kira tuah dia la kan mendirikan rumah tangga di usia yang muda. Huhu. Tapi ada pasangan yang kahwin awal sebab 'accident' la,tu ALASAN yang menduduki tangga teratas skrg ni. Tapi ada juga yang tak 'accident' berumah tangga awal sebab takut kena bahan org kpg sebab ke hulu ke hilir bersama. Lagipun kahwin awal boleh mencegah mereka dr maksiat dan menambah dosa,kan?

So,it's like..bukan aku sokong and bukan aku tak sokong pun mereka yang nak and telah mendirikan rmh tangga di usia muda ni,ada baik dan buruknya,terpulanglah pada pasangan tu sendiri untuk menjalani hidup berumah tangga mereka. Not my business either. Tapi kalau blh,aku tak nak la kahwin awal,nak enjoy dulu,nikmati duit yg aku usahakan sendiri (yang pasti dgn cara halal la),tunggu cukup modal and ekonomi kukuh,baru aku nak kahwin. Tu harapan aku la. Tapi kalau dah rezeki aku utk get married awal sebelum aku berusia 25 tahun ke atas,then kahwin la. Hahaha! :p

P/s:Terima kasih daun keladi utk masa yg anda luangkan membaca entri saya yg tak seberapa ni. Hehe. Jgn lupa tinggalkan jejak okay? ^^



Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

0 comments: