CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 12, 2012

Kehilangan



Manusia ni pelik kan.. Bila dah kehilangan sesuatu,baru kita sedar yang kita dah kehilangan sesuatu yang sgt berharga bagi kita. Time tu la baru kita nak menyesal,sedih2 dan emosi. Semua org pernah rasa cam tu kan? :)
Tapi mcm mana pulak kalau kita kehilangan seseorang dlm hidup kita??

Bayangkan...
Kita pernah miliki seseorang yg sentiasa ada utk kita,mereka syg kita bagai nak rak,mereka sanggup buat apa sahaja utk kita,mereka jaga hati kita sebaik mungkin,dan mereka buat apa sahaja utk menggembirakan kita. Tapi apa yg kita beri sebagai balasan? Kita sakitkan hati mereka,kita sampaikan berharap yang satu hari nanti org tu pergi jauh dari hidup kita kerana mereka mungkin merimaskan,atau kerana kita tak mahu mereka buang masa care pasal kita. Jadi,kita sanggup bertindak kejam dgn tidak ambil peduli akan perasaan mereka yg sgt2 peduli akan diri kita.

Manusia ni ada tahap kesabarannya kan? Menunggu utk sesuatu yg tidak pasti,mmg memenatkan. Sampai satu tahap,kita pasti akan give up. Org yg kita syg tidak menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi mereka. Ok.. Sebenarnya itulah yg mereka rasakan. Bila mereka sudah give up kat kita,mereka pun bawa diri,dan terus menyepi dari kita. Move on,itu la jalan terbaik yang difikirkan walaupun sebenarnya hati mereka parah. Mereka membuat keputusan utk pergi sahaja dari hidup kita. People change. Ya,memang. Manusia akan berubah dlm sekelip mata jika mereka disakiti. Mereka akan berubah menjadi dingin kerana itu yang difikirkan terbaik bagi mereka utk tidak disakiti lagi. Tapi siapalah kita utk menghakimi mereka. Oleh itu,pada masa itu,kita merelakan mereka pergi dari hidup kita kerana kita fikir itu jugalah yg terbaik utk mereka.

Setelah mereka berjaya melangkah ke hadapan,dan senyuman terukir kembali pada wajah mereka. Pada masa itu,barulah kesedihan menyelubungi diri kita. Mengapa? Kita melihat org yg kita telah lukai mampu bangun semula dan ikhlas mengukirkan senyuman buat kita. Senyuman itu pula seolah2 memberitahu kita,"Lihatlah..Aku mampu senyum kembali walaupun kau yang telah mengambilnya suatu ketika dahulu."
Saat itu juga la kita mengimbas kembali waktu2 bersama mereka,apa yg mereka sggup lakukan utk kita dan ketika itu jugalah kita merindui mereka yg dulu. Semua itu la yg akan membuat kita mengalirkan air mata. Segala tindakan kita yg dilakukan dahulu seolah-olah seperti kita tidak menghargai mereka. Saat itu jugalah,kita merindui mereka yang dahulunya selalu bersama kita dan sentiasa ada disisi. Namun kini,apa yg mampu kita lakukan adalah berdoa yg terbaik utk mereka dan jgn lupa utk melemparkan senyuman yg ikhlas utk kejayaan mereka yg mampu hidup tanpa adanya kita di sisi mereka. Segalanya sudah berlalu. Jangan ada penyesalan dlm diri.  Sesungguhnya hidup mereka lebih baik tanpa adanya kita dlm hidup mereka.

Jadi,hargailah mereka yang sentiasa ada utkmu,kerana jika suatu hari nanti mereka pergi jauh dari hidup kita,kita akan merasakan impak kehilangan yang amat besar. Sesuatu yg berharga atau bernilai sukar didapati apalagi diganti. :)

And this is what they say. :)



Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

2 comments:

Beethrise Mathew said...

sbar jak la chris...manusia mmg mcm ni

Christie V said...

yala.. tau sy. mengenang jak ni. :) sy ok.