CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 15, 2013

Asam Garam Hidup

Lama aku menghilang tak update2 blog ni. Sorry Mr. Bloggie ^_^ for abandoning you. Hehe. Sepanjang 4 bulan lebih tak update blog,mcm2 benda brlaku dlm hidup ni.


April
Balik kpg,jaga datuk kat hospital. Datuk admitted ke wad RTU di Hospital Umum Sarawak,Kuching. Sebab cells cancer dah merebak ke bahagian kepala dia. Hmm.. 4 thn lepas kot kalau tak silap,dia disahkan menghidap cancer colon,dah operated dah,buang cancer tu. Tp kan once someone diserang cancer,sel2 kanser tu tetap ada dlm bdn walaupun dah dibuang,di operate. Lebih kurang 3 minggu aku jaga datuk kat sana. Lepas tu dia discharged. Doktor tak dpt buat apa2 dah. Disuruh bawa balik la,just datuk aku perlu dtg ke hospital utk check up.

Mei
Sekali lagi datuk aku admitted ke hospital,tapi kali ni di Hospital Serian,disebabkan ketiadaan wad kosong di Wad RTU di Hospital Umum Sarawak,Kuching. Time ni datuk aku dah dlm keadaan tenat. Dia dah tak bermaya nak bercakap,tak nak makan & minum,asyik tidur memanjang. Kat Hospital Serian ni datuk aku diberi bantuan pernafasan,disalurkan hos ke hidung dia utk membolehkan kami beri dia mkn & minum,disediakan juga saluran utk dia buang air kecil. Time ni datuk aku dah tak dpt nak bergerak dah. Sedih sgt2 time ni tgk keadaan datuk mcm tu. Tiba2 rasa sebak sgt2,tak mcm sebelum ni,datuk aku masih bertenaga lg utk berjalan,mkn,minum,bergurau ngan kami cucu2 dia. Seminggu lebih jaga datuk kat sini,doktor sarankan kami bawa datuk balik ke rumah. Jadi proses utk keluarkan datuk dr hospital pun dilakukan mlm tu juga. Sampai di rumah,ramai saudara mara dan orang kpg dtg menjenguk walaupun masa tu dah jauh lewat mlm. :'( Esok hari nya,kami menjalani hidup seperti biasa. Aku tlg mak cik aku mandikan datuk,bagi dia makan & minum. Tapi siapa sangka,datuk pergi meninggalkan kami kira2 pd jam 3.20 petang. :'( 3 hari 3 mlm la kami berkabung di rumah. Sedih juga dgn pemergian datuk. Hmm.. Jadi kerana kami masih dlm berkabung,kami tak menyambut Hari Gawai.

Jun
Selepas selesai urusan aku di kpg,aku pun balik la ke rumah di Miri. Dah balik Miri,aku tak buat apa2 pun selain jadi driver mak dan kakak ipar aku iaitu hantar dan ambil mereka balik kerja. So kerja aku di rumah ialah,aku sapu lantai,cuci pakaian,masak dan sebagainya. Ada masa terluang,aku tidur petang,tapi selalunya aku layan drama,korean show and movie. Haha. Begitula hidup aku yg membosankan. Bulan ni juga merupakan genap setahun aku dan boyfie couple. Adehai.. Bahagia? Memang aku bahagia. Haha. Walaupun kadang2 brgaduh tapi sabar je lah. Lumrah bercinta katakan. Hehe.

Julai
Rutin harian aku masih sama. Rasanya tak da benda yg best berlaku dlm hidup aku kot. Masih sama seperti bulan Jun tu. Oh.. Boring! :D Tapi awal bulan Julai ni aku frust selama berhari2 juga la sebab permohonan ke universiti tak lulus. Huhu. Aku menangis doe! Sudah la ditambah lagi dgn stress dgn hal rumah. Waa~ Mau tak bertambah stress aku. :'(

Ogos
Awal2 bulan lg hidup aku kucar kacir. Aku dgn boyfie ada masalah. Masalah ketidaksefahamanan la. Biasaaa~ Selalu begitu. Tapi last2 kami decide utk mencuba perbaiki kelemahan masing2,cuba utk memahami dan cuba utk ubah apa yg patut. Sejak itu kami pun ok2 lagi malah makin romantik. Wakakaka. Selain itu,aku dan kawan2 classmate Form 6 dulu berjumpa semula selepas berbulan2 tak duduk semeja. Oh! Betapa rindunya aku dgn masa2 aku di Form 6 dlu. Mcm2 kenangan terimbau kembali. Hehe. Bulan ni pun orang sambut Hari Raya. Aku dan keluarga ada juga visited rumah kawan aku dan bekas jiran kami. Aku ada juga ikut boyfie beraya kat rumah kwn2 dia. Tahun ni aku tak byk menziarah. Sebabnya kawan2 di sekolah dulu tak de menjemput. Hahahaha. Kesian aku. Dilupakan. Hmm.. :( Jadi setakat ini la apa yg aku blh ceritakan. Bulan Ogos belum habis lg. Hahaha.

Lepas Hari Merdeka nanti aku balik ke kpg semula sempena upacara sembahyang utk arwah datuk aku yg ke 100 hari. Sebulan kemudian baru la aku balik ke Miri. Biar lama sikit pun takpe,asal bahagia. Haha. :D Entah2 terus stay sana kot dan bekerja kat sana. Who knows? xD Ok bye. God bless you. :-*


Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

0 comments: