CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 11, 2011

Pemergian Seorang Sahabat ♥

Dah lama jugak aku tak update blog kan? Hari ni je aku ada masa utk update. Huhuhu.. Nak kata busy,tak gak. Sebab hari2 pulak aku on9,hari2 tu jugak la org nampak status aku je asyik2 up kat fb tu. Org pun dah naik bosan tgk muka aku je kat home diorg kan? LOL. :D

Hari ni rasanya agak menyedihkan jugak la.. Aku kehilangan sorg rakan sekelas. Dia pergi hari ni. Epp! Jap2.. Korg fikirkan apa?? Jgn salah fhm tau? Kwn aku tak 'pergi' seperti yg korang fikir tu. Huishhh.. Tumpang malaikat 44. Huhu. Dia pergi ke Selangor hari ni utk menjalani latihan Khidmat Negara. Haha. Setelah berminggu2 dia kebingungan utk decide samada nak pergi or tak,akhirnya dia pergi gak atas sebab family yg suruh. Dia actually nak stay je ngan kami,tapi family suruh,so dia tak jadi la nak tangguh PLKN tu. :') Siapa dia??

Ni la dia.. Noel namanya. :)

Tgk perkataan yg ada kat baju dia. "DON'T STOP ME". Uhh?! Fine. Mentang2 rakan2 sekelas tak suruh dia pergi,terus nak memberontak la kau ye? Sengaja ke pakai baju tu? Haha. Dlm kelas,smua rakan2 tak suruh dia pergi,aku sorang je yg suruh. Tu dia mcm terasa la jugak mcm aku ni nak menghalau dia. LOL. Bukan tu mksud aku. Well.. PLKN tu kan cuma 3 bln je. Hjg thn nnti jumpa lagi pun. Actually aku pun berat hati nak suruh dia pergi,tapi bukan hak aku pun nak tahan2 dia and decide utk dia whether nak pergi or not. :) 

Sempena hari keberangkatan dia hari ni,mlm semalam aku dan 5 org lagi kwn aku (Alvin Ambrose,Beethrise,Yulia,Raymond & Rachel) pun keluar la lepak dgn Noel ni. Alaa..sekitar perumahan kami ni je. Guna 2 buah motor and sebuah kereta. Hoho. Seronok la jugak luangkan masa bersama mereka. Sedih je kan tgk muka si Noel ni. Asyik nak nangis je dia. Syg btl la aku tak dpt lama dgn mereka sbb nak hantar mummy pergi kerja mlm tdi. Uhh.. Shift mlm pulak dia neh.. Hmpir nak pkl 9pm mcm tu la aku sampai rumah. Rachel,Raymond & Noel yg hantar aku balik. Time hantar aku balik tu la Noel nangis atas motor. LOL. Aku tak tau pun. Ni pun dia yg bgtau mlm semalam,time kami sama2 online tgh mlm td. Dia ni kalau dpn org,sorry lah nak nangis. Senyap2 je.. :') Alaa.. Kesian plak kwn aku ni. Touching2 sungguh. :D

Noel bersama Rachel,yg dibelakang tu Raymond. :)


Ni pulak,dia dgn Beethrise,kwn dia time tadika dulu,itu apa yg aku tau la.
8 thn berpisah,akhirnya berjumpa lagi. Aww~ Mcm aku ngan Ezurin la tu.
Ouch! I miss you la babe (Ezurin). :'(

Nak dibuat cerita,pagi tadi lepas ambil mummy balik kerja,aku smpai sanggup bawa mummy p airport utk jumpa budak ni. Ahaha! Kesian je rasa sebab dia takde kawan dgn menunggu kat sana. Ada2,tp kwn yg bru dia kenal masa registration PLKN pgi td.

So,ni la gambar kami berdua. :)

Sorry la,ni je gambar yg aku ada. Yg lain semua ambil pakai hp dia. Huhu.. Lepas snapped pictures,kami dua jalan2 kat airport tu. Pergi Famous Amos! Dia bawa. Dok belek2 bnda kat situ kan tiba2 dia tanya,"kamu nak apa?". Aku terus "haaa??".. Dia tanya lg,so aku kata je la,"Kitorg perempuan paling2 pun mesti akan pilih chocolate." Hehe. So dia tanya la chocholate yg mcm mana,aku just kata apa2 je. Then aku pegang la satu jenis chocolate yg dlm kotak. Aku tak tgk harga la. Then dia grab chocolate yg aku dah letak balik td. Mak aiii.. Aku nervous bila tgk dia grab chocolate ni and dia kata "yang ni lah". Chocolate yg dibungkus dgn cantik and kemas tu. Dlm hati aku berkata,"Mesti mahal ni.. Habislah. Takkan dia nak beli ni kot?" Sekali aku ambil dr tgn dia,aku tgk harga... Perghh!! Terus aku kata,"Mahal ni Noel.." Dia kata,"Takpa..Saya tak kisah pun." Aku pun just mampu kata ''Err..Ok.Mana2 kamu la."

Ni la chocolate yg dia beli td. Hoho. Chaumet.
Lepas bayar pa semua,kami masuk lagi ke kedai tak jauh dr Famous Amos tu,kedai Buy More nama dia. LOL. Apa punya nama la kedai ni.. Hehe. Kat sana,kami belek2 lagi bnda yg ada dpn mata. Dia kata mok beli present utk Beethrise. So yeah.. Aku tlg pilihkan. Sama2 tak tau apa bnda yg Beth ni suka. So inila yg dia belikan utk Beth.
Key chain kot ni? Ye la tu kot? Haha. Ke pakai gantung kat beg?
Or handphone? Err.. Dua2 kot? Aku pun tak pasti. LOL.

Lepas tu,dia belikan aku Teddy Bear yg kat bwh ni.. Damn man! Aku dah serba salah. Sudahlah dia belikan aku chocolate yg dah berapa harganya,dia belikan pulak teddy ni. Tp agak comel la teddy tu. Hehe. Aku suka. Aww~ Jgn jeles tau?? :p

Comel tak teddy ni? Comel kan kan kan? Hehe.
Even tak besar mana,tapi aku tetap terima.
*Jangan tamak okay? :)

 Then what? Aku dgn rasa tak sedap hati and kebingungan sebab aku tak da pa2 ke nak diberi kat dia sebagai balasan. Huhu. Aku pusing2 satu kedai Buy More tu,masuk dr satu lorong ke satu lorong,tiba2 ternampak satu benda.. Wahh! Aku tertarik plak dgn bnda tu. So aku terus ambil,benda tu bukan utk aku,tp utk kwn aku ni. Akhirnya ada jugak bnda yg aku blh beri kat dia sebagai tnda persahabatan kan? Pas tu kami pun pergi ke kaunter and bayar. Haha. Nak tau apa yg aku beli utk dia? Tgk bwh. :)

Tadddaaa...! Ni la benda tu. Haha. Pemukul yg lembut.
Ada word THANK YOU kat situ,tu la aku nak beli utk dia.
*Tolong abaikan perempuan yg dlm gmbr tu k? Hehe. :D

Okeylah..sampai disini sahaja. Penat dah jari jemari aku yg halus ni (kononnya la)menaip. Ambil masa berjam2 gak la nak menyiapkan entry ni. Tapi bila pulak aku ni nak menyiapkan homework aku yg berlambak tu?? Alahai... Chow2.. Habis la aku. (T^T)



Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

2 comments:

Anonymous said...

whoaaa. sonot nye die dapat macam macam :D

thanks singgah blog ^^

Christie V said...

ofkoz la..dpt presents yg tak disangka2. mcm dpt durian runtuh je kan? hehe :D

you're welcome! ;)