CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Ohsem Gawai!

Balik kampung 30 Mei yg lepas. Kat mana kampung? Kat Serian sana tu.. Sapa org Kuching,tau la Serian tu kat mana. Eh.. Sebenarnya malas nak cerita panjang2. Cerita panjang pun tak guna. Soooo.. Aku upload la gambar2 yg aku snap utk korang tgk. Kat caption nanti aku cerita la seringkas-ringkasnya. *Itu pun kalau ada org sudi tgk. Wakakaka~ :]

Day 1 (31st May)

Waktu pagi
Aku ngan cousin sediakan bahan utk dimasak keesokan harinya. (1 Jun-Gawai Day)
Waktu petang
Yang ni.. Ucapan Selamat Datang yang ada di tengah2 jalan menuju ke Bandar Serian. :)


Beginilah kesesakan yang berlaku di bandar Serian. Shopping last minute katakan~
Kami pun sama juga,hari ni baru nak beli air berkarbonat and so on. :D
Lepas beli belah,kami pun singgah kat Open Air Serian (tmpat makan ). 

Air yang aku order,macam biasa la Teh C Peng. Hehe. Favorite? Kinda. :)

Mee Kueh Tiaw Goreng kat Serian,sedap ooww.. Tapi aku tak dpt habiskan sebab terlalu banyak and dah kekenyang  makan panggang sebelum tu.
Waktu malam
Kami pergi ke Balai Raya kampung sebab ada acara Pertandingan  Peragaan Pakaian Tradisional masyarakat Dayak oleh para kanak-kanak.
Tepat pkl 12 tgh mlm,bunga api pun dimainkan. Aku time tu pulak  bekerja sebagai penjaga kereta cousin tak bergaji. =.= Dia pergi ke rmh uncle time tu. Kereta dia sgt2 sensitif dgn gerakan.

Day 2 (1 June)

Waktu pagi
Sebelum ke church,kami singgah ke tanah perkuburan utk menziarah  mendiang aunty tersayang. Ibu kepada cousin aku yg tgh berdiri tu. :') Dah hampir 3 thn mendiang pergi tinggalkan kami. Isk2.. Rindu.

Bila hari Gawai,church pun penuh,sampai kena duduk kat luar. Kami yg lmbat dtg ni,berdiri je lah. Haha.

Keturunan datuk aku. Wakakaka.. Aku dan kazen mazen serta dua org aunty aku.

Balik jak dari church,tgk nenek tgh masak ayam pansuh. Guna dapur kayu api lagi. X sabar nak mkn. Huhu.

Sempat lagi relax2. Tgk tv and lagu K-Pop bagai. Haha.

Waktu tengah hari
Ni lah ayam pansuh yg dah siap. Yummy!

Time to eat. Makan besar2an ngan family. Huhu. Selera pun memuncak. Nak padat semua jak dlm perut. :D

Haha. Datuk aku yg sporting giler suruh ambil gmbr ni. Dia pksa nenek utk minum cola lagi. LOL.

Waktu malam

Malam gawai ni la malam paling tak dapat aku lupakan,di mana aku dan cousin2 aku berkumpul dan minum. Semua yg ada di situ tak boleh lari and skip turn. Huhu. Minuman keras yg menjadi santapan mlm tu ialah Jack Daniels. Sampai 2 botol kami habiskan mlm tu.



Kami berdua masih ok lagi walaupun kepala dah mula pening. Haha.

Cousin yang di sebelah kanan dah nak tewas. Haha.
Sampai pukul 3.30am baru la kami semua masuk ke alam mimpi. Dah tak larat nak bangun dan teruskan 'acara'. Aku pulak,terpaksa diiring oleh cousin utk naik ke tingkat atas. Kalau tak,jatuh dari tangga la aku. Haha. Bgn keesokan harinya,aku terus masuk bilik air dan muntah. =.= Huhhh.. Sgt tidak best.

Day 3 (2 June)

Singgah rmh aunty yg pakai baju putih tu sebelum kami pergi ke Lundu. Kat sini la dpt mkn puas2 karikap (keluarga spesies siput sedut) hari tu. Wasehh.. Dia masak sedap,lagipun dah lama tak mkn tu. Huhu.
Kuching Sentral. Tau?? Tempat makan and terminal bas Kuching. Sempat ambil gambar jak pun time limpas sana.
Limpas pun jadi la.

Lalu satu kampung time otw g Kampung Serayan,Lundu.
Apa motif gambar ni diambil? Ohh.. Nak tunjuk gambar gunung belakang tu ja.. Yg puncak dia hanya ada kabus. Tak nampak eh? Tak paa..

Cousin aku buat sambal. Sambal yang kering sebab tak taruh air limau. Tapi still sedap. Haha. :D

Menyampal mangga muda kat rumah ipar aunty kat Lundu. Mmg perghhh~ :D

Cousin aku tgh syok mkn budu. Motif gambar diambil? Saja nak tunjuk yg kucing tu mesra alam,nak minta makanan. :D

Snap2 kat tempat bakal pengantin duduk nikah tak lama lagi. Suka hati duduk sana,roboh karang baru tau. Motif gmbar? Saja nak show off. Rasa artis. :D

Ada aku! :D Ohh ohh.. Kami tau,kami cantik. LOL. Cantik la sgt,gmbar blur2 cam tu.

Day 4 (3 June)
View di ambil dari rumah datuk aku. Hari hujan dan kami pun langsung tak keluar rumah.
Itu bukan monyet,itu cousin aku. Haha. Dia kena naik atas tu utk isi air hujan dlm tangki biru tu. Biasalah..Kat kampung aku mana ada air time siang. Tgh mlm baru ada air,time tu la nak kena takung air dalam baldi2. Huhu.

Waktu malam
Ni la rupa balai raya Kampung Tubih Mawang,Tebedu.
Kami pergi sini sebab adik kepada isteri cousin aku kahwin.  :)
Aku dengan cousin2. :)

Day 5 (4 June)
Hari kelima ni dah takda suasana Gawai lagi. So aku dengan cousin serta datuk dan nenek pergi ke pasar Serian untuk beli barang dapur. Lepas balik dari pasar,aku dan cousin pergi ke Kuching untuk jalan2 cuci mata. :)

Otw to pasar Serian

Tamu Serian

Bandar Kuching

Another patung Kucing kat tgh bandar Kuching. Lol
Hari tu juga la aku rasa sedih yang teramat sangat. Aku jumpa seseorang yang pernah aku sayangi suatu ketika dulu. Tujuan kami jumpa pun sebab nak bincang tentang kami. Aku juga punya alasan sendiri untuk bertemu dia,iaitu memulangkan cincin yang telah diberikan kepadaku dulu. Dia telah menyatakan kesakitan di hati yang dirasai nya kerana aku. Salah aku,kerana aku meninggalkan dia dahulu. Ya,you should put the blame on me. :') Kerana itulah dia telah memutuskan utk tidak lagi menghubungiku. Sebelum dia pergi,dia peluk aku dan meletakkan cincin yang telah aku pulangkan kepadanya sambil berkata,"mungkin suatu hari nanti aku akan kembali". Dan dia pun terus pergi tanpa menoleh. Serius malam tu aku rasa sedih sgt dan teramat kecewa sebab prbuatan seperti itu membuatkan aku rasa sperti org yg aku syg membuang aku dr hidupnya. Aku memang menangisi pemergian dia. Aku bukanlah seorg manusia yg tega utk membuang org yg prnah aku syg dr hdup aku. Malah aku masih menginginkan persahabatan itu hadir diantara kami,tapi keadaan berlaku sebaliknya. Sudahlah sebelum ni seseorg yg aku prnah syg sepenuh hati juga pergi tanpa pesan. Ya.. Kami baik2 saja,tpi entah apa yg dia fikirkan sehingga sggup membuang diriku dr hdup nya. Kedua2 mereka adalah bekas kekasihku. Tetapi mereka yg sampai hati utk membuangku dr hidup mereka. Mana2 kalian lah.. Aku hormat keputusan kalian. Aku pun tidak akan meminta dan berharap utk kalian kembali lagi dlm hidup aku. Sudah2 la tu.. Cukup la segala kesakitan di hati yg dirasai selama ni. :)

Day 6 (5 June)
Hari terakhir aku di kampung. Sepanjang hari tak buat apa2 kecuali texting,dgr lagu,masak,makan,tido dan on9. Petang baru packing pakaian dan brg yg perlu dibawa balik ke Miri. Tapi sebelum malam menjelang,aku dan cousin2 pergi ke Hotspring kampung kami. Semula jadi punya hotspring ye? Panas gila air tu.. Nama juga air panas kan? LOL. =.=

Mereka 2 ni la yg teman aku pergi Hotspring ni. :)
Inila pose rasa seksi aku. Yer~ Rasa seksi? Puikk! Haha. Yg kat sebelah tu cousin aku jga. :)

Ni pun cousin aku. Amboi.. Bukan main slumber lagi dia duduk berendam kat air panas tu. Kulit kebal eh??

Aku pulak hanya mampu rendam kaki smpai paras lutut. Nak rendam seluruh badan x dpt,sebab x tahan panas. Dah cuba. Huhu.

Menggedik jap bergambar ngan cousin sendiri. Susah ow nak bergambar ngan dia ni. Haizz..

Ok. Ini aku.. Konon baru lepas berendam kaki kat air badan. Rmbut tu eksen je nampak basah,sebab aku mmg dah mndi b4 pergi hotspring ni. LOL. xD

~SEKIAN TERIMA KASIH~
:D



Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

Monday, December 26, 2011

My Christmas gifts

Talking about Christmas,well.. This is the best Christmas i ever had. I don't know how to express my feeling yesterday. Well yeah,for sure I'M HAPPY. :) I met my school's friends yesterday. Alvin,Rachel and Noel. Tak sangka dpt jumpa dia lagi. Ingatkan dah tak dpt jumpa lagi. :') Rindu sgt kat mereka smpai terasa nak peluk ketat2 je. LOL. Cuti katakan. :) Tapi yg sorang lagi tu,bkn dpt jumpa selalu dah.. Sebab? Sebab dia futher study kat Kuching dah. :( Syg lah Beth and Yulia takda kat Miri,kalau tak mmg reunion besar lah semalam kan? :(

The visiting starts when Rachel came to my place. Then we jalan kaki dgn di sinari terik matahari since we have no transportation. Ah! Abg tak kasi sy drive! Benci. Sampai hati dia kan,tgk adik dia jalan kaki. :( *haha..manjanya.. :D* Berpeluh2 jalan kaki ke rumah Alvin,nasib dekat,kalau jauh? Mau patah kaki,dah patah kaki,sapa nak hantar g hospital? Then sapa nak pay for the bill? Eh? Merapu la! :3 Tak minta pun. =/

Ehem2! Sambung cerita kita tadi. Dah smpai rumah Alvin,i called Noel,asked him whether he can come to Alvin's house,he said can.. Oh yeah! Finally can meet him. I met new friends also. Lee Ming,Sureng and Emman. :) That's my Christmas gifts. Tu je la.. Kira gift la sebab aku dpt jumpa Noel,then jumpa some kwn baru. Sapa tak nak kwn kan? Takkan nak musuh? Huhu. Org lain dpt present mahal2 yg dibeli dari shopping mall,tp aku punya gifts lagi mahal. Dpt friendship bah! Hehe. *Senyum nampak gigi* :D

We spent for hour at Alvin's place then pergi visited rumah kwn2 mereka yg lain,aku tak pernah jumpa,tapi ikut je lah. Can adapt myself with them. Ah! Awesome me right? Hoho. :D Then around 5.30pm,we balik rumah la. Aku penat,so aku tido la sekejap,sebab malam nak kuar lagi. Dah janji nak visit rumah kwn2 yg lain. Time malam semalam baru la aku tanya Noel something yg aku dah lama nak tanya,it's about our friendship. Hurm.. We promised that whatever happened,we will stay in this friendship. :') Hey.. Aku tak tau la org lain mcm mana,tapi aku,aku tak rela hilang kwn. Org kata,musuh jgn dicari. :D Naahh.. Kan kan kan?

But then,i'm sad because i don't know when will i meet my friends again. Even rumah dekat,then our hometown pun sama kat Kuching,and our family berkawan (tak la rapat sgt,just kenal2 cam tu je),tapi payah dah nak jumpa. But it's okay la. We have our phones,blh text2 calling2 kan? Facebook pun ada,tegur2 la lam tu. :) Even he takda dah lam class,i still have the others,Yulia,Beth,Rachel and Alvin. Dgn diorg la aku menggila lam class pas ni. :'D Huhu.. Okaylah. Malas nak menaip panjang2 sudah. After new year update lagi kot,sebab 2 hari lagi nak ke Kuching. Cousin kahwin kat kpg. I'm gonna use my new purple-dress that i bought last 2 days. Woohooo! :D Tak sabar.

P/s: Sorry takda gambar nak show. Btw,Merry Christmas everyone! :)


Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

Wednesday, August 31, 2011

Second Day of Eid with friends

Terlebih dulu nak ucap Selamat Hari Raya dan Salam Merdeka buat rakan2 sekalian,readers and sesiapa yg mengenali diri ini walaupun aku tak kenal. LOL. Sorry semalam tak sempat nak wish. Takde online sebab broadband kat boyfie. LOL. Before cerita sal hari ni,nak cerita pasal semalam dulu,iaitu lebaran pertama. Semalam aku outstation ngan mummy g Peninjau (area ladang kat luar bandar Miri). Pergi beraya kat sana,di mana cousin Iban aku tinggal,dia masuk Islam la ceritanya.. Itu yg sambut raya tu. :) Pergi sana dalam pukul 11 and sampai pukul 12 lebih mcm tu. Tu la 1st time aku drive kereta jauh2 pastu kena lalu jalan yg berlubang2 and berbatu2. Fuh! Adventure habis la. Dapat jugak aku ni drive kat area mcm tu ye? Hehe. Urm.. Kat sana,kami pergi ke 3 rumah je. Tapi aku mencekik tak henti2. Kenyang giler perut aku kat semalam. Balik rumah dalam pkl 6.30pm,smpai2 je aku terus baring and tertidur,lepas tu aku bangun and pergi mandi, Ah! Tak pyh mkn dah,msih kenyang. Hoho.


Ok,lebaran kedua hari ni pulak,aku bgn awal,dalam pkl 9.30am mcm tu. LOL. Awal ke bagi anak dara mcm aku ni? Well~ Haha. Tp hari ni mcm tak sedap bdn pulak la. Panas semacam je. Huhu. Nak demam ke aku ni weyhh? Takkan la.. Semalam baru je boyfie demam,takkan hari ni turn aku pulak?? OH TIDAKKK! :D Kalau dia tau ni,mesti dia balas dendam suruh makan ubat. Haha! So aku decided tak nak bagitau dia. Hehe. ^^v Biar aman.

So seperti yg dijanjikan,lepas aku mandi and makan sikit2,aku pergi ambil Cath,lepas tu ambil Leticia then kami ke rumah Rasyid. 2 jam lbih kami kat rumah budak ni gara2 menunggu parents Rasyid balik rumah,supaya dpt la kami culik si Rasyid ni utk beraya sama. Haha. Bosan la kalau kami 3 je kan? Mcm x lengkap pulak,sebab before ni kami mmg selalu keluar bersama2 ke mana2 sahaja. Hehe. BFF katakan. ^^ Lagipun dah lama tak jumpa sejak masing2 belajar di tempat yg berlainan. Huhu. Hampir pkl 2.30pm baru la kami dpt culik Rasyid. Haha. Tanpa lengahkan masa,kami blah ke Taman Tunku. Pergi ke rumah nenek kwn aku,Nurul. Ada open house. Wah! Mmg cun la ni. Aku dah terbayang2 rendang ni. Haha. Dah smpai tu,kami duduk2 dulu,then makan.. Hehe. :) Tak lama kat situ,sbb kejar masa,takut lewat pulak balik. Lepas tu,kami culik Nurul ni,bawa pergi ke Bakam. Kat Bakam,kami pergi ke rumah Atiekah. Takde open house,semalam dah buat,so kami mkn la kuih pe yg ada. Haha. Lepas tu,kami culik pulik si Tiekah ni pergi ke rmh Aishah,tapi dia pulak takde. Cehh.. Buang minyak keta aku je g sana. Dia kata pergi je bila2 masa,dia akan ada kat umah,tapi kali ni takde pulak,dia kuar ngan tunang tersayang. :( So,dah tak tau nak g rumah sapa,kami hantar Tiekah balik. LOL. Sekejap je dia kuar? xD

Then,kami pun chow dr area Bakam tu. Time otw tu,aku terima msg dr kwn lama kami,Hafizah. Dia jemput g rumah. Tapi kat Permy doh! Jauh tu... Tanya kwn2 diorg nak ke tidak pergi,diorg kata boleh je. So pergi la kami ke sana. Aku cepat2 drive g sana,meredah jammed pe smua,dah sampai area Permy,aku g isi minyak dulu. Kwn2 spon RM5 sorg,so ada RM20 la.. Haha. Kat situ gak aku jumpa Lala. Hoho. Tak malu weyh aku jerit nama dia kat stesen minyak. Peduli hapa haku? xD Dah lama tak jumpa bah. :p Yeke dah lama? Blh la tahan,sebulan kot? Haha.

Yg di sebelah kanan ni la si Lala. Hehe.
Muka happy oh? Dpt jumpa walaupun sekejap. ^^

Rasyid yg snap gmbr ni dr dlm kereta. Tak pulak aku tau. Huhu. Diam2 je dia time aku masuk kereta lepas isi minyak pe smua. =.=' Dah aku tgk kat Facebook,baru aku tau. Lepas aku isi minyak,kami berlima pun chow ke rumah Hafizah ni tadi. Tak susah cari,sebab Rasyid tau area rumah Hafizah ni walaupun kami blm pernah ke sana. Woohoo! \^.^/ Lepas tu,kami pun chow and pergi ke McD drive thru yg tak jauh dr sana,di stesen minyak di mana aku jumpa Lala td. Hehe. Order Big Mac 3 and ermm..ape eh Rasyid order? Aku pun dah lupa la. LOL. Tak kisah la,janji ada. :p Then kami pun balik la,hantar Nurul dulu kat Taman,then hantar Cath,Leticia and last sekali Rasyid. Hoho. Lepas tu aku pun pergi la ke rumah boyfie. Jumpa dia jap. Err.. Jap je ke?? I don't think so,sejam eyy jumpa dia. Blh la dikatakan sekejap. Dah dpt broadband aku,tak lama lepas tu aku pun balik. Smpai rumah dlm pkl 8.50pm. Penat doh hari ni. Kaki pun penat,penat driving. Haha. Sampai rumah pulak aku takde mood,kena lecture mummy sebab aku hilangkan reload card yg dia beli 2 hri lepas. Haha. Tak tau mana simpan,aku kan STM (short term memory)? :p Ah..lantak la. Blh beli lagi pun. Halalkan je la yg dah hilang ni. ^^ Jum tgk pictures yg kami snapped hari ni. :)

Jom main hide and seek. :p


My besties :)


Gelagat mereka dalam kereta.


Dari kiri:Nurul,Leticia,Cath & Atiekah

Whatever-lah korang (:

Rasyid & aku

:D

Atiekah tak nak diambil gambar. =.='
Tak sporting tol la. Huhu. :(

Conversation between a man and a cat. LOL

Ah! Pretty me! LOL. Perasan. :D

Me,Leticia and Cath ^^

Driving driving and driving =.=' I'm tired!

Muka gembira.

Posing  dulu sebelum drive. Haha.

P/s:Mereka semua dah makan habis McD masing2,aku je yg belum,sampai sekarang belum habis. Now dah tgh mlm pun aku blm mkn lg McD aku. LOL.




Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)