11.45pm ( 26 Jun 2011)
Monday, June 27, 2011
Awesome!! :D
Writen by Christie V at 1:50 AM 0 comments
Friday, June 24, 2011
Sekolah Baruku
:') hari ni masuk sklh baru. Huhu. Sendiri pergi urus diri sendiri..T.T Kaka just anta sampai dpn gate sklh je. Dgn nervous,aku masuk gak gate tu,time tu mmg ramai students tgh brpusu2 masuk kwsn sklh. Aku beranikan diri tanya ckgu kat mana pejabat am. Lepas ckgu tu bagi tau arah,aku pun pergi la ke arah ditunjukkan. Ni lagi satu hal,kalau nak naik tangga ke pejabat am tu,kena lalu tgh2 tapak roll call. Makk aii.. Nak tak nak,aku trpaksa jln kat tgh2 tapak roll call tu dgn beratus2 mata memandang ke arah aku. T.T Malu akuu.. Huhu. Dah naik tangga v.i.p tu,mata aku terus melilau mancari pejabat am. Nasib baik la word Pejabat Am tu besar2 trpampang kat atas pintu masuk pejabat am. Terus aku masuk sana,lapor diri. Tapi x sempat urus segalanya,Mr.Chong iaitu Penolong Kanan Ting. 6,suruh aku ikut roll call,nanti dia akan cari. So,aku tnya la pengawas lelaki 2 org yg ada di luar pejabat am tu. Slh sorg tunjukkan aku barisan lower 6. Huhu. Then,time roll call tu la kitorg buat latihan polisi selamat balik sklh. Huhu. Harus juga kah di sini? Dahla brjalan kluar gate smpai luar sklh. Bgus balik terus. Tapi x leh,beg tinggal kat tapak roll call and ada pengawas jaga sepanjang jalan. Haha.
Writen by Christie V at 6:11 PM 0 comments
Thursday, June 23, 2011
The Moment
Hello.. :) After beberapa hari tak blogging,now aku kembali. Haha. Bunyi mcm lama sgt tak blogging,sdgkan baru 2 hari. :)
Kali ni nak cita pasal mlm hari Selasa ni td,yg aku pergi lepak kat tepi pantai Tanjong. Such a great moment at that time. Walaupun aku dtg situ dgn niat nak find some peace. Yeah. Plan aku mnjadi hari tu. Ramai yg dtg. Ada Shaf,my driver..Hehe. Alvin,Ezekiel,Margaret,Patrick,Awang dan 2 org kwn dia,dan sorg lagi laki. Aku tak tau nama dia. Kwn kpd mreka Alvin gak tu. Time dah siap nyalakan unggun api,duduk2 mkn keropok and minum2,aku,Ezekiel,Alvin ngan Margaret g ke jeti. Kat situ kitorg borak2 tgk pemandangan laut pd waktu malam dgn angin malam yg menyegarkan,plus kalau kau dgr bunyi ombak,mmg tenang jiwa kau. :')
Time kat jeti tu,Ezekiel cadangkan,apa kata kita teriak ke laut utk lepaskan segala tekanan di jiwa. Aww~ Mmg itu apa yg aku nak buat selama ni. Yahh.. kami brdua pun teriak sekuat hati. Pastu Alvin dan Margaret pun join sekaki. :') Biar sampai tekak aku sakit,aku masih jugak nak lepaskan segala yg aku pendam ke laut. :'( Sedih.
Pkl 11.16pm mcm tu,tak lama lepas insiden menjerit2 (haha),aku dpt msg dr Stan,dia kata "just wanna let u know that i miss u so badly :') " :'( I miss him too. But it just things went different after that day. Terasa seluruh duniaku direntap dgn kasar. Huhu.. Aku balik rumah dlm pkl 1.30am. Letih sgt and terus tido lepas on9 skejap mlm tu. Maklum la dr pgi smpai lewat mlm xda rehat. Antara gambar2 yg kami ambil mlm tu:
Unggun api yg kami buat. Susah gak nak hidupkn dia hari tu. |
Kwn yg aku knal dr fb,akhirnya dpt jumpa gak,sebab dia study kat Kuching. Ini kali kedua brjumpa. :) |
Skema. Haha. Kat jeti ni. Sebelum menjerit2 insiden. :p |
Newly love bird. Sweet! Senyap pulak tu couple. Ngegeh korg 2. Haha. :D |
With Ezekiel. :) Nampak gelap disana. =.= Tidak cukup cahaya pd waktu mlm. |
My Jerit Team. Haha. |
Sunday, June 19, 2011
Just for share :)
Lawak.
Writen by Christie V at 2:29 AM 0 comments
Wednesday, June 1, 2011
Selamat Hari Gawai :)
Hari ni 1 Jun 2011,hari para kaum Dayak menyambut Hari Gawai. Yeah! Aku pun sambut gak. ^^ Memandangkan sekali lagi aku tak blik kpg thn ni utk smbut gawai [ :'( sob sob sob ] so sperti biasa,aku ikut la kakak ipar dan abg kesygan balik ke kpg kakak ipar. Tak jauh la,dari Miri hnya mengambil masa kira2 45 minit mcm tu,kpg tu brdekatan dgn Taman Negara Lambir Miri. Kpg sis in law aku tu rumah panjang la. Biasalah,masyarakat Iban kan terkenal dgn rumah panjang? :) Itu salah satu identiti masyarakat Iban? Para arkitek dpt ilham buat rumah teres tu pun dari reka bentuk rmh pjg. (ye ye je aku ni..haha) Oh! Panjangnya mukadimah aku ni,siap blh melalut lagi ckp psal rumah teres.
Okey,semalam berangkat dari rumah almost nak pkl 1pm,agak rushing la gak aku semalam sbab aku lewat bgn. Hohaiii! Lena sgt tido,tak tau mimpi apa semlm,bila sis in law call kata dia dah on the way nak ambil aku,baru la aku bergegas pegi mndi,pack up pkaian pa smua. Then terus masuk kereta. Haha. Dlm keta diam je aku. Malas nak cakap byk. Smpai kat rmh pjg kakak kira2 1.30pm lebih mcm tu,angkut brg dr keta pa smua,trus dok kat dpur,tgk2 pe yg blh ditolong. Tp time tu x byk sgt nak ditolong,just potong2 mix vege je utk dimasak dikemudiannya.
Pastu sementara menunggu detik 12 mlm,kitorg relax2 mcm biasa. Sempat gak aku pi tido dulu bila jam dah nak kol 11pm. Penat kot? Haha. Tau2 je la mcm mana dinginnya udara di kpg. Tu la yg mmbuatkan mata aku dgn senang ati nak lelap. Tgh lena diulit mimpi,tiba2 plak dgr bunyi tembakan yg berterusan. Okey,aku trbangun. Dlm keadaan mamai (separuh sedar),aku capai hp and tgk pkl berapa.. Tepat 12 mlm,patut la.... Bunyi tembakan2 tu rupa2nya bunyi mercun la. Haishh! Oke,aku dgn malasnya bgn tukar pkaian jap then kuar ke ruai utk mkn.
Inilah makanan yg dihidangkan utk dijamah tepat pd pkl 12 mlm pd 1 Jun yg lepas. |
Kat ruai tu smua family dr setiap bilik (rumah) makan brsama kluarga.Silakan tgk gambar kat bawah..
Inilah para penduduk rmh pjg itu. Hnya sebahagian saja ni. Mereka tgh seronok mkn brsama family trsyg masing2. |
Lepas mkn,mrka blh truskan dgn aktiviti ngabang(mnziarahi setiap rmh ke rmh). Ye! Mrka ngabang tgh2 mlm! Huhu. Tak ngantok mreka ni,mmg dahsyat. Aku pulak lpas mkn tu,trus msuk ke dlm rmh,then sambong tido. Haha. Selamba je. Gawai yg boring bagi aku. Huhu. Aku tido lena smpai ke pagi okey?
Dlm pkl 7am aku dah bgn. Sarapan pagi cam biasa. Then duduk relax2 tak tau nak buat apa (tak terfikir pun nak mandi,sejok giler air kat rmh pjg awal2 pgi.huhu) Pastu,kakak ipar bilang..dia mau pegi kubur. Then dia tnya,aku mau ikut ka tidak. Aku kata la mau. Aku nak tgk la mcm mna la kubur mreka kat sini. Sekitar jam 9am lebih pegi kubur tu,siap pakai kasut kebun lagi (mereka suruh la..tak tau apahal). Aku pakai sluar 3/4 long yg paras lutut tu,dgn t-shirt putih. Aku tgk org2 kpg yg ikut pergi,semua pkai pkaian mcm nak pegi brkebun aje. Heran la pulak hati ni. Pastu kitorg jln la ke simpang jln,tiba2 bwa msuk kwsn semak pulak.. Alamak! Knpa masuk semak? Heran gile kwsn kubur diorg tu jauh dr rmh pjg. Ko nak kena msuk hutan lg,redah segala tanah yg licak. Seriously,aku trkejut babun. Tapi aku ikutkan aje la. Ada pulak rasa menyesal ikut td. Hehehe. Selepas lbih kurang 15minit meredah tanah licak dan semak samun,akhirnya sampai juga ke kwsn kubur.
Smpai2 je kat sana,sekumpulan org kpg trus la menebas semak yg menjalar kat atas kubur arwah nenek moyang/saudara2 mreka. Aku x buat apa2 pun,dok tgk aje. Terdetik pulak rasa menyesal sbab tak bawa handphone. Kalau tak blh gak snap2 beberapa gambar. Tapi memandangkan aku nak save batery,so aku tinggalkan kat rmh. Time kat graveyard tu,ada la sesuatu yg kurang enak didgr. Ada sorg pakcik ni,dia crita2 and kata moga2 si arwah bagi dia nombor ekor. Brkali2 la dia kata mcm tu. Then dlm hati aku kata,mcm ni ke adat mnziarahi saudara/shbat handai yg dah jdi arwah? yg lain plak blh pulak dok brcrita buat lawak pasal si mati. Mmg adat masyarakat Iban kot kalau mnziarahi kubur,msti bawa skali mknan & minuman utk si mati. Kat sana td,mreka hidang mkanan & mnuman mcm kita hidang para tetamu dtg ke rmh,dgn kita2 skali kna minum sama,dpn2 kubur tu. Aku trdiam je la dok perhatikan gelagat2 smua org yg ada kat situ. Tak leh bising2 kan? Itu dah adat mreka. Kita kena hormat la. :)
So kpd semua pmbaca setia blog saya ni,tak kira la silent reader ke,or terview blog ni ke,saya ucapkan Selamat Hari Gawai,Gayu Guru Gerai Nyamai terutamanya kepada yg menyambut Hari Gawai. Kpd yg tak menyambut,kalau ada rakan2 anda,jiran tetangga yg menyambut Hari Gawai,ziarah2 la ke rumah mereka. Kita kan 1 Malaysia? Hehe. :D
P/s:Gawai tahun ni tak berapa seronok. Sudahla tak pulang kpg,nak ngabang ke rmh kwn sendiri pun tak jadi,pastu kekasih hati tak tau pulak apa khabarnya. Dia balik kpg,kat sana takde coverage! >.<' Kalau dah Gawai ni,aku faham2 je la.. Mmg 'tak hidup' la dia tu. Huhu. Rindu tau. Berapa hari dah tak dgr suara dia. :'( Esok hrp2 dia ada call. *crossing fingers
Writen by Christie V at 4:24 PM 0 comments
Label: Celebration, Sad, Story