CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Gawai :)

Hari ni 1 Jun 2011,hari para kaum Dayak menyambut Hari Gawai. Yeah! Aku pun sambut gak. ^^ Memandangkan sekali lagi aku tak blik kpg thn ni utk smbut gawai [ :'( sob sob sob ] so sperti biasa,aku ikut la kakak ipar dan abg kesygan balik ke kpg kakak ipar. Tak jauh la,dari Miri hnya mengambil masa kira2 45 minit mcm tu,kpg tu brdekatan dgn Taman Negara Lambir Miri. Kpg sis in law aku tu rumah panjang la. Biasalah,masyarakat Iban kan terkenal dgn rumah panjang? :) Itu salah satu identiti masyarakat Iban? Para arkitek dpt ilham buat rumah teres tu pun dari reka bentuk rmh pjg. (ye ye je aku ni..haha) Oh! Panjangnya mukadimah aku ni,siap blh melalut lagi ckp psal rumah teres.

Okey,semalam berangkat dari rumah almost nak pkl 1pm,agak rushing la gak aku semalam sbab aku lewat bgn. Hohaiii! Lena sgt tido,tak tau mimpi apa semlm,bila sis in law call kata dia dah on the way nak ambil aku,baru la aku bergegas pegi mndi,pack up pkaian pa smua. Then terus masuk kereta. Haha. Dlm keta diam je aku. Malas nak cakap byk. Smpai kat rmh pjg kakak kira2 1.30pm lebih mcm tu,angkut brg dr keta pa smua,trus dok kat dpur,tgk2 pe yg blh ditolong. Tp time tu x byk sgt nak ditolong,just potong2 mix vege je utk dimasak dikemudiannya.

Pastu sementara menunggu detik 12 mlm,kitorg relax2 mcm biasa. Sempat gak aku pi tido dulu bila jam dah nak kol 11pm. Penat kot? Haha. Tau2 je la mcm mana dinginnya udara di kpg. Tu la yg mmbuatkan mata aku dgn senang ati nak lelap. Tgh lena diulit mimpi,tiba2 plak dgr bunyi tembakan yg berterusan. Okey,aku trbangun. Dlm keadaan mamai (separuh sedar),aku capai hp and tgk pkl berapa.. Tepat 12 mlm,patut la.... Bunyi tembakan2 tu rupa2nya bunyi mercun la. Haishh! Oke,aku dgn malasnya bgn tukar pkaian jap then kuar ke ruai utk mkn.

Inilah makanan yg dihidangkan utk dijamah tepat pd pkl 12 mlm pd 1 Jun yg lepas.

Kat ruai tu smua family dr setiap bilik (rumah) makan brsama kluarga.Silakan tgk gambar kat bawah..

Inilah para penduduk rmh pjg itu. Hnya sebahagian saja ni.
Mereka tgh seronok mkn brsama family trsyg masing2. 

Lepas mkn,mrka blh truskan dgn aktiviti ngabang(mnziarahi setiap rmh ke rmh). Ye! Mrka ngabang tgh2 mlm! Huhu. Tak ngantok mreka ni,mmg dahsyat. Aku pulak lpas mkn tu,trus msuk ke dlm rmh,then sambong tido. Haha. Selamba je. Gawai yg boring bagi aku. Huhu. Aku tido lena smpai ke pagi okey?

Dlm pkl 7am aku dah bgn. Sarapan pagi cam biasa. Then duduk relax2 tak tau nak buat apa (tak terfikir pun nak mandi,sejok giler air kat rmh pjg awal2 pgi.huhu) Pastu,kakak ipar bilang..dia mau pegi kubur. Then dia tnya,aku mau ikut ka tidak. Aku kata la mau. Aku nak tgk la mcm mna la kubur mreka kat sini. Sekitar jam 9am lebih pegi kubur tu,siap pakai kasut kebun lagi (mereka suruh la..tak tau apahal). Aku pakai sluar 3/4 long yg paras lutut tu,dgn t-shirt putih. Aku tgk org2 kpg yg ikut pergi,semua pkai pkaian mcm nak pegi brkebun aje. Heran la pulak hati ni. Pastu kitorg jln la ke simpang jln,tiba2 bwa msuk kwsn semak pulak.. Alamak! Knpa masuk semak? Heran gile kwsn kubur diorg tu jauh dr rmh pjg. Ko nak kena msuk hutan lg,redah segala tanah yg licak. Seriously,aku trkejut babun. Tapi aku ikutkan aje la. Ada pulak rasa menyesal ikut td. Hehehe. Selepas lbih kurang 15minit meredah tanah licak dan semak samun,akhirnya sampai juga ke kwsn kubur.

Smpai2 je kat sana,sekumpulan org kpg trus la menebas semak yg menjalar kat atas kubur arwah nenek moyang/saudara2 mreka. Aku x buat apa2 pun,dok tgk aje. Terdetik pulak rasa menyesal sbab tak bawa handphone. Kalau tak blh gak snap2 beberapa gambar. Tapi memandangkan aku nak save batery,so aku tinggalkan kat rmh. Time kat graveyard tu,ada la sesuatu yg kurang enak didgr. Ada sorg pakcik ni,dia crita2 and kata moga2 si arwah bagi dia nombor ekor. Brkali2 la dia kata mcm tu. Then dlm hati aku kata,mcm ni ke adat mnziarahi saudara/shbat handai yg dah jdi arwah? yg lain plak blh pulak dok brcrita buat lawak pasal si mati. Mmg adat masyarakat Iban kot kalau mnziarahi kubur,msti bawa skali mknan & minuman utk si mati. Kat sana td,mreka hidang mkanan & mnuman mcm kita hidang para tetamu dtg ke rmh,dgn kita2 skali kna minum sama,dpn2 kubur tu. Aku trdiam je la dok perhatikan gelagat2 smua org yg ada kat situ. Tak leh bising2 kan? Itu dah adat mreka. Kita kena hormat la. :)

So kpd semua pmbaca setia blog saya ni,tak kira la silent reader ke,or terview blog ni ke,saya ucapkan Selamat Hari Gawai,Gayu Guru Gerai Nyamai terutamanya kepada yg menyambut Hari Gawai. Kpd yg tak menyambut,kalau ada rakan2 anda,jiran tetangga yg menyambut Hari Gawai,ziarah2 la ke rumah mereka. Kita kan 1 Malaysia? Hehe. :D

P/s:Gawai tahun ni tak berapa seronok. Sudahla tak pulang kpg,nak ngabang ke rmh kwn sendiri pun tak jadi,pastu kekasih hati tak tau pulak apa khabarnya. Dia balik kpg,kat sana takde coverage! >.<' Kalau dah Gawai ni,aku faham2 je la.. Mmg 'tak hidup' la dia tu. Huhu. Rindu tau. Berapa hari dah tak dgr suara dia. :'( Esok hrp2 dia ada call. *crossing fingers


Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

0 comments: