CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 31, 2010

Saya Blogger Sarawak

Entry kali ni,aku buat semata2 nak join segmen abang Azman kite kat Blog Pilihan Malaysia ni. Ok,ni aku nak crita serba sedikit ttg aku & bumi terchentaaa aku ni.


Nama manja atau glamor,nak kata manjee dan glamorrr,mmg tak ler.haha
  • Miss Deveronica
Status aku pulak?
  • Single lg.Cuma not available..Hihi.
Cara nak hubungi?
  • Alahhh..zaman skrg kan serba canggih?Search aje..
  • Facebook-ada Fb badge kat tepi sane.
  • Twitter-@missdeveronica
  • Email-christie_vero@yahoo.com
  • Ada byk lg,tp yg di atas ni la paling utama.
Daerah tmpat tinggal?
  • Miri!Yeah..bandar kelahiran..tp kpg kat Kuching.Haha.
Tempat aku tinggal
  • Buat masa skrg ni menetap kat Miri ler..
Yang menarik kat tempat aku ni
  • Kitorg ada Taman Negara Lambir.Korg pernah dgr ke tak?
  • Ade Gua Niah.Yang ni mesti korg tau kan/
  • Borneo Rain Forest-tempat korg blh melakukan pelbagai aktiviti ekstrem.
  • Ada byk shopping complex.Hihi..yg dh byk pilihan nak shopping kat mana.
  • Bg yg tinggal di negeri lain,kitorg kat Sarawak ada Laksa Sarawak(sedap worr..) & mee Kolo.
  • Taman Awam,pantai2 yg tak kurang tak lebih menarik..(hahaa)
  • Grand Old Lady iaitu Muzium Petroleum terletak di atas Bukit Kanada dimana kita blh tgk bandar Miri dr atas.Besttt tau?
  • Marina Bay tempat ekslusif,seronok kalau ditiup angin laut sepoi2 bhsa Malaysia..haha
Kalau nak list apa yg menarik kat tempat aku ni,mmg byk aarr..tak terkira.
Ok kwn2..selamat membaca dan selamat mengikuti segmen abg Azman! :)



Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

Misteri Potret Mona Lisa

Entry kali ni aku nak cite sal Mona Lisa. Sape yg kenal ngan Mona Lisa tu? Lukisan agung karya Leonardo Da Vinci sekitar 500 tahun yg lepas. Fuh~ Lame tuu..



Kenapa aku tetiba tertarik nak menulis ttg die? Pd satu ptg tgh aku baca satu blog milik cik Fiza,dia ada sebut la pasal senyuman mak cik Mona Lisa kite ni. Die tak ler dok cerita membebel memanjang sal Mona Lisa tu. 

Aku terus mengelamun kejap. Dok pikir kenape la potret Mona Lisa tu jd popular sgt,apa benda yg istimewa sgt pasal dia nih? So,aku pun pergila google. Banyak btl maklumat aku dpt. Berjam2 jugak la aku luangkan masa utk surf and baca surf and baca mana2 site yg dok cite pasal Mona Lisa ni. 

Oklah,malas dah aku nak berceloteh byk2,menyampah aku. Haha. Ni aku kongsi serba sedikit kurang dan banyak info yang aku dpt. Selamat memasuki alam misteri Mona Lisa! Hehe.. :p

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci.Apa yang membingungkan adalah , potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia
kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar �Mona Lisa� itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

*Misteri Potret Monalisa*

* Identiti Monalisa itu sendiri.
* Riak wajah Monalisa.
* Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak
kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
* Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut
berlainan.
* Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun
penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk
menafsirkan makna senyuman tersebut.
* Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti
untuk membongkar rahsia Monalisa.



*Teori Mengenai Monalisa*

* Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan
isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona
Lisa bermaksud Madam Lisa.
* Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa
model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali
sebagai Caterina.
* Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona
Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model
sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak
menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
* Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari
Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah
Leonardo sendiri dalam versi �kewanitaan�.Teori itu diperoleh
apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa
dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

*Fakta Potret Monalisa*

* Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada
21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang
pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati
bersalah.
* Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun
kemudian.
* Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu
berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak
filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
* Judul �Mona Lisa� diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas
kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah �La Gioconda�.
* Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke
arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan
berbeza.
* Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai
hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia
disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain
pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.
Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance
adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
* Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang
melewati masa lama semakin membimbangkan.

Sumber:Mr.Admin

Ada satu lagi article yg tak lebih tak kurang nye juga mcm article Mr.Admin tu td,tapi ada info tambahan la kat situ.Baca kat bawah.




SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu.

Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman ‘semisteri’ senyuman Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.

Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.

Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan.

Hasilnya, program ‘pengenal emosi’ itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah.

Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya.

Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

“Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar,” kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.

Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d’Avalos.

Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.

Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
  


FAKTA: Potret Mona Lisa

  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
    Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.
  • Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Lepas aku baca kedua2 articles & site yg len gak,baru aku perasan sesuatu.Mona Lisa ni tak de bulu kening erk??Ke Leonardo Da Vinci terlupa nak lukis,ataupun dia tak de masa,ataupun mmg disengajakan??Haha..agaknya berus lukis dia hilang time tuh? Hehe..korang fikir2 lah sendiri ye? Bye~




Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

Wednesday, December 29, 2010

Happy Second Anniversary,Love!


Today is December 29 2010. It's our second anniversary hubby. I'm happy because we can make it until now. It's has been 2 years hubby! 2 years! 2 years we've being a couple. I'm happy and grateful to have you in my life. U're loving,caring,daring,understanding,humorous,willing to do anything for me. I appreciate all the things that you had done for me. Hurm..i know,we've been couple for these 2 years,but we never celebrate it together. Last year,we don't have the chance because i was on the way to go back to Miri. That time i just can wished through the phone. But now? How can i wish it to you? I can't call you or even to send you a single text. You're far away from me dear. New Zealand! Feels like i want to fly to NZ. How i wish i will have a wings so that i can meet you anytime i want. LOL! Or maybe have magic that could send me to you. Haha.. That's silly. I hope you can hear my heart shout "I LOVE & MISS YOU HUBBY!!". I have to wait for more 1 and half years for your return to Malaysia. I hope time flies faster. I can't wait anymore. I'm afraid that i can't stand this obstacle. I hope u'll not forget about today,hubby. Take care yourself there. May God bless you. Always know that i love you,alright? I've never change. If i change.i'll change for good. Just like you said last time. :') I love you so much!

Heaps of love,
your sayang.




Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

Tuesday, December 21, 2010

Kisah Semalam

Semalam aku kuar jln2 ngan best friend aku,Catherine Chong. Kitorang 2 jer,yang lain x dpt & malas. Aku nak cancel pun x leh jugak coz dah terlanjur aku bagitau mumy yang aku nak kuar. Aku naik bas pegi ke pasar,kat sana aku akan jumpa Cath. Punya la lama aku tunggu smpai berpeluh2 pun,dah nak luntur make up aku! Haha. Aku ingat la kena tunggu berapa minit je,rupa2 nya lebih dr 30 minit! Huhu..sabar je lah aku. Dah dia smpai kitorg jln kaki pulak g Parkson/Bintang Mega Mall. Sakit giler kaki aku pekena kasut aku. Dah lamak kot kaki ni x pakai heel. X da la tggi sgt. Lebih kurang mcm ni la tggi heels aku.

Tak tggi sgt kan? Tapi kaki aku blh sakit pulak kerana bnda ni.

Pas kitorang smpai sana,terus g beli tiket wayang,tgk cite Tron. 

Tron Legacy!! Terbaek dr ladang! Hehe :p
Best la cite tu.. Aku suka tgk cita genre fantasi & fiction. Sape yg lom tgk,pas ni kena pegi tgk tau? Pas bis cite,kitorg g mkn. Uih..pkl 4 bru kitorg p mkn. Pas tu jln kaki balik g ke pasar. Kitorg naik bas balik ke rumah. Terpaksa la kitorg naik bas yg dh penuh. Smua tempat duduk dh full,so kitorg kena brdiri la. Huhu. Ada la sorg datuk cina ni..naik bas dgn tongkatnya skali.

Kesian dia..trpaksa guna bantuan tongkat utk bergerak.
Sudah la bas penuh,dia pun xda tempat duduk. Kat blakang aku ada la sorg lelaki muda & sorg lelaki dlm lingkungan umur 40-an. Diorg duduk sama la.. Tiba2 lelaki 40-an ni bgn dr tmpat duduk dia then kasi tmpt duduk tu kat datuk ni td. Aku mmg tabik la 'cos ada jugak org yg prihatin. Tp aku trkilan kat anak muda td tu. Dia blh dok slumber je kat tmpt duduk dia tu smbil men hp & sumbat telinga dia pkai headphone. 

Ilustrasi sahaja.
Huh! Mana sikap keperikemanusiaan para belia skrg ni. Semadi je la aku ni pun xda tempat duduk semlm. Kalau aku la yg duduk kat tmpt anak muda tu semlm,mmg aku kasi tmpt aku kat datuk tu. Sggup aku brdiri drpd aku biarkn datuk tu brdiri dlm bas yg penuh. Memalukan je kalau kita sebagai para belia/anak muda yg masih kuat & sihat membiarkan org tua yg dah uzur brdiri kat dlm bas. 

Malu la dgn tindakan kita sendiri!
Sedarlah wahai para belia. Kita yg muda ni kena la brtolak ansur sikit.Jadikanlah pepatah "yang muda disayangi,yang tua dihormati" ni sebagai satu amalan yang harus kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. :)




Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

Sunday, December 19, 2010

Petua Kecantikan Ala Tradisional


Awet Muda



Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:



  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata



Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening


Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.


Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.





  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur



  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur


Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-


  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.




Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


    Mengempiskan Perut



    1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
    2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
      • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
      • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
    3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
    4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
    5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
    Kaki Bersisik



    1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
    2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
    3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
    Urat Timbul Di Kaki



    1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
    2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
    3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
    Tumit Kaki Pecah


    Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-


    1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
    2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
    3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
    4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
    5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
    6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
    7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

    Kematu di Tumit Kaki
    1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
    2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
    Cengkam Kuku Kaki
    Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.


    Ubat Sakit Kaki

    1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
    2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
    Merawat Kuku Kaki


    Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

    Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.


    Selamat mencuba!!




    Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

    Wednesday, December 15, 2010

    Merdeka!!

    Happynye hari nih dah bebas dri seksaan SPM. Ahaks!! Angan2 semlm dh terlaksana hari nih.. Tapi sedih gak coz hri ni gak la aku brpisah dgn kwn2. Mgkin ada yg xkan brjumpa lg. tp yg besties aku smua tu pas ni pasti akn brjumpa lg la.. Confirm pas ni ade planning pnye nak hang out. Kat mne? Port biasa lh..Parkson a.k.a Bintang Megamall (new wing). Tmpt bebudak Miri lepak di hari Sabtu. Ahah! Tu bg budak sklh kot? Now kitorg bkn bdak sklh lg..so leh pegi bila2 lah except Saturday.. Ahaha.. But for this week,relax dulu lah. Kwn ku yg sorg lg ni,si Aisyah lusa nak kne pegi Kuching. Balik kpg katakan! Aku bile plak? Kpg aku pun kat sane gak,tp x da perasaan nak blik pun. =.=' Pas hbis exam td,kitorg trus la snap seberapa byk pictures.. Jum tgk kat bwh.



    From left:Aishah,me,Cath
    Aiseyh..Ni mmg mode nak christmas ni..hehe.ngegeh btl la!
    Ni time b4 nak msuk exam hall.

    Sesi melompat2!haha..Time ni bru kuar dr exam hall..
    Buat pose gini ala2 bdak U bru convo!Hihi.
    Tp Pa'e x join!Tak beshh.. :(

    Cubaan ke 2.Melompat lg.mmg terasa cam budak U la plak..
    Xpe2.Sabar..x lme lg nih jd bdak U la ko Miss! :p

    Ni kitorg brgmbar ngan head invigilator.Huih..die sndri nak brgmbar ngn kitorg tau??
    Haha..Syg kot sama kitorg ni..Kitorg kan budak baik.Cheh!Perasan! :p

    Done with taking pictures,now masa utk balik.
    Melangkah dgn gembiranya.Snap by Pa'e. ^^

    Alamak..pesal muka aku camni?Aku x tau pun ada org snap!Muka blurr,tgh korek kocek,cari hp!
    Confirm!Kalo korg tgk mna2 pix aku confirm hp always ada di tgn.Hehe. :p

    Ada lg sesi photoshoot ni..Kat Luak Pinnacles.
    Tgk la muka masing2,smuanya happy.

    Pesal aku tgk batu besar kat blkg tu cam sama je ngan kmi org ni?
    Warna x jauh beza.Haha.
    Tu je lah gmbr yg aku ada..Komen lah pas baca ni.Thanx ya coz sudi spent ur time to read this.Really2 appreciate it!Haha..Do leave ur comment.

    Lots of love,


    Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)

    Sunday, December 12, 2010

    Seronok Giler.....

    Mlm td aku & family pergi Christmas Parade & Consert.Tp time perarakan tu aku blm smpai lg,lepak kat Merdeka Mall dulu..Hahaha..Cath & Rasyid dah menunggu aku time tu.Smpai2 je kat City Fan,aku trus bawa family aku ke tandas City Fan dulu,sekalian dgn Cath & Rasyid..sbb diorg nak she2..haha..time tggu kat luar toilet tu,aku terserempak ngan Bibi and the others (geng lelaki aku kat rumah pjg,itu pun bru rpat last 3 months)..O God!Punyala happy dpt jumpa Bibi..i miss him a lot la..Kitorg borak2 kejap,aku trus lupa kat Cath & Rasyid kat blkg aku.Haha..Aku tgk Bibi pkai topi xmas tu,then aku pe lagi..Aku mnta topi tu,tp dia nak bg..haha...trkejut jugak dia nak bg sbb aku men2 jer..Borak2 pas tu mereka chow..

    Aku pun kmbali kpd 2 org kwn aku td.Kitorg ambik gmbr smbil guna topi xmas n tanduk rusa yg diorg beli b4 tu..Sempat gak aku bgtau Rasyid sapa dgn aku borak td,dlm masa yg sama tbb2 aku dgr Cath kata cmni,"helo Adam?Adam..Adam.."..Aku blur la kejap,ingat la dia btl2 tgh in call ngn Adam..Konon nya Cath nak report la yg aku ni "curang" ngn Adam..haha..biarla..diaorg x tau pa2 pun,kan Adam??Hehehe..Pas tu kitorg cri tmpt duduk utk tgk konsert.Wow!Kitorg duduk kat dpn skali.Haha..dpt la tgk Vince & Sydney Mohede dr dkat..Quiet cute jugak mereka 2 ni..Suka ku tgk Sydney tu..Suara pun bgus pe?

    Mmg best la mlm td.Nasib baik la aku ajak Cath & Rasyid pegi semlm,kalau x mmg aku bosan xda geng.. Cath kata tu la 1st time dia kluar mlm ngan kwn2..Tp bg aku dh brkali2 la jugak..tu pun tgk konsert Free-To-Be yg diadakn setiap thn,tp since last year,dh xda lg konsert tu.Pas ni x tau la bila lg dpt kluar mlm ngn kwn2 aku..

    Malas nak cerita banyak,let those pictures tell you the story. :)

    My bestie

    Snap by Rasyid :)

    My bro with our niece.

    Gadis suka berphoto. :p

    Sidney Mohede-GMB's vocalist

    Vince AF1



    Suka? Click LIKE. Nak komen? Komen je. :)